
![]() |
erul & raqib bercuti :) *nak ikot jugak. kikiki.
Tuesday, April 26, 2011 | 6:03 PM | 0 letter
![]() Atas pengekalan dan peningkatan prestasi persembahan kedua-dua Raqib dan Erul, mereka telah diberi ganjaran melancong ke seberang laut! Kedua mereka telah dibawa menaiki pesawat ke Pulau Pinang untuk bercuti sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik di sana. Namun mereka perlu melakukan semua itu hanya sehari kerana mereka perlu pulang ke Akademi pada malam itu juga. Pelajar yang lain tidak mengetahui ke mana Raqib dan Erul menghilang hinggalah mereka muncul dalam sidang video yang mereka lakukan dalam Akademi. Sidang video ini dilakukan ketika sesi penilaian persembahan konsert dan pembahagian lagu tugasan kepada semua pelajar. Pengetua Amy sendiri memberikan 2 lagu tugasan kepada Erul dan Raqib melalui sidang video itu. Apakah lagu tugasan mereka? Sama-sama kita saksikan Diari AF9 malam ini. Rakan-rakan Erul dan Raqib yang tidak berpeluang ikut ke Pulau Pinang memesan banyak barang seperti Nasi Kandar dan Jeruk. Apa yang mampu mereka bawa ke akademi hanyalah jeruk sahaja. Namun ketika hendak pulang, Raqib telah menemui sesuatu di dalam beg Erul ketika dia hendah mencari surat ganjaran yang mereka terima pagi tu. Raqib telah menemui sesuatu yang mungkin nampak biasa bagi kita tetapi sangat istimewa bagi Erul dan seseorang di Akademi. Apakah barang yang telah Erul bawa dan kepada siapa? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria. *ERUL AF9 IS MINE! BHAHAHA ;P |